Friday, July 24, 2009

Forum Motivasi Bersama Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal - Pelajar Cemerlang SPM 2008



Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Untuk makluman, Program Pintar PROTON akan mengadakan Forum Motivasi bersama Nik Nur Madihah pelajar cemerlang SPM 2008 untuk anak-anak dan ibu bapa warga PROTON dan penduduk persekitaran kawasan PROTON..

Butiran lanjut adalah seperti berikut :-

Tarikh : 25 hb Julai 2009 (Sabtu)

Masa : 9.00 malam

Tempat : Perkarangan Masjid Al-Munawwarah (Masjid HICOM)

Seksyen 27, Shah Alam

Program ini adalah terbuka kepada anak-anak serta ibu bapa warga PROTON serta penduduk berhampiran PROTON. Forum motivasi ini adalah merupakan salah satu program kemasyarakatan yang dianjurkan untuk membantu anak-anak kakitangan PROTON serta anak-anak penduduk berhampiran kawasan PROTON didalam pembelajaran dan peperiksaaan UPSR, PMR dan SPM dan juga merupakan sebahagian daripada Program Pintar PROTON dibawah aktiviti ‘Bertemu Idola’. Tujuan forum motivasi ini adalah untuk memberi suntikan semangat dan inspirasi kepada pelajar-pelajar khasnya yang akan menduduki peperiksaan akhir tahun ini untuk mencontohi mereka yang berjaya seperti Nik Nur Madihah.

Semua anak-anak warga PROTON dan anak-anak Penduduk Sekitar PROTON adalah dijemput hadir.

Sekian, harap maklum.

Abdul Razak Bin Md Darus

Group Corporate Communications

PROTONCOM





0 comments:

Post a Comment