Friday, July 24, 2009

Forum Motivasi Bersama Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal - Pelajar Cemerlang SPM 2008



Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Untuk makluman, Program Pintar PROTON akan mengadakan Forum Motivasi bersama Nik Nur Madihah pelajar cemerlang SPM 2008 untuk anak-anak dan ibu bapa warga PROTON dan penduduk persekitaran kawasan PROTON..

Butiran lanjut adalah seperti berikut :-

Tarikh : 25 hb Julai 2009 (Sabtu)

Masa : 9.00 malam

Tempat : Perkarangan Masjid Al-Munawwarah (Masjid HICOM)

Seksyen 27, Shah Alam

Program ini adalah terbuka kepada anak-anak serta ibu bapa warga PROTON serta penduduk berhampiran PROTON. Forum motivasi ini adalah merupakan salah satu program kemasyarakatan yang dianjurkan untuk membantu anak-anak kakitangan PROTON serta anak-anak penduduk berhampiran kawasan PROTON didalam pembelajaran dan peperiksaaan UPSR, PMR dan SPM dan juga merupakan sebahagian daripada Program Pintar PROTON dibawah aktiviti ‘Bertemu Idola’. Tujuan forum motivasi ini adalah untuk memberi suntikan semangat dan inspirasi kepada pelajar-pelajar khasnya yang akan menduduki peperiksaan akhir tahun ini untuk mencontohi mereka yang berjaya seperti Nik Nur Madihah.

Semua anak-anak warga PROTON dan anak-anak Penduduk Sekitar PROTON adalah dijemput hadir.

Sekian, harap maklum.

Abdul Razak Bin Md Darus

Group Corporate Communications

PROTONCOM





Sunday, July 19, 2009

KARNIVAL MESRA KAFA / PIBG

Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG akan mengadakan program Karnival Mesra KAFA / PIBG.


Tarikh : 26 Rejab 1430H / 19 Julai 2009 ( Ahad )

Masa : 8.00 pagi - 11.30 pagi

Tempat : Dataran KAFA Integrasi Masjid PROTON


Program ini julung kali diadakan bertujuan menghimpunkan ibubapa murid sekolah yang berjumlah 500 orang bagi mengetahui dengan lebih dekat lagi perjalan sekolah di samping menarik minat anak-anak datang ke sekolah.

Antara acara-acara yang akan diadakan ;


Taklimat dari Pegawai Bahagian Pendidikan JAIS

Gerai Jualan

Pembentangan Projek Sekolah

Pameran - Proton Edar dan Proton R&D

Ronda-ronda naik Proton Exora - percuma

Penyampaian hadiah dan sumbangan kepada pelajar cemerlang dan anak yatim

Cabutan bertuah dan pelbagai lagi aktiviti menarik.


Tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga dijemput hadir.

Senarai AJK PIBG Sekolah 2009-2010

Penasihat - Ustaz Khusaini bin Sarnuji

Yang DiPertua - Tuan Hj. Fuad bin Elias

Tim. YDP - Tuan Hj. Mohd Zabidi bin Harun

Setiausaha - Ustazah Siti Aisyah bt Lebai Sya'ban

Pen.Setiausaha - Ustazah Suriya bt Mustari

Bendahari - Ustaz Wan Zakaria bin Mohamad

Pen.Bendahari - Puan Rohana


AJK

1. Encik Abdul Hamid bin Samah

2. Puan Siti Zaleha bt Mokhtar

3. Puan Rusilawati bt Mat Hussain

4. Alfisham bin Omar

5. Tuan Hj. Suderman bin kanip

6. Ustaz Adang Malik bin Mahmud

7. Ustaz Sodri bin Mohammadin

8. Puan Asmah bt Hashim

9. Ustazah Hamnah bt Mahmad



Pemeriksa Kira-kira 1 - Ustazah Hamnah bt Tahir

Pemeriksa Kira-kira 2 - Puan Fatimah bt Yaasin

Senarai Guru Sekolah



1. Ustaz Khusaini bin Sarnuji - Guru Besar


2. Ustaz Adang bin Malik


3. Ustaz Sodri bin Mohammadin


4. Ustaz Wan Zakaria bin Mohamad


5. Ustaz Mohd Suhaimi bin Abd Rahim


6. Ustazah Aizan bt Seman


7. Ustazah Asmah bt Hashim


8. Ustazah Hamidah bt Tahir


9. Ustazah Hamnah bt Mahmad


10. Ustazah Husna bt Ismail


11. Ustazah Alawiyah bt Mohd Yatim


12. Ustazah Kapisah bt Mat Lazim


13. Ustazah Nor Hapizah bt Hassan


14. Ustazah Roslida bt Mohd Kanapiah


15. Ustazah Suriya bt Mustari


16. Ustazah Suzilawati bt Ahmad


17. Ustazah Suriati bt Mohd Kasim


18. Ustazah Musliza bt Mustapha


19. Ustazah Wan Noriza bt Jusoh


20. Ustazah Zarirah bt Zakaria


21. Ustazah Siti Aisyah bt Lebai Sya'ban


22. Ustazah Suhaina@ Nur Izzah bt Mohd Nabil


23. Ustazah Nor Shilah bt Saleh

Ahli Lembaga Jemaah Tadbir Sekolah

Berikut adalah Ahli Lembaga Jemaah Tadbir Sekolah bagi Sessi Tahun 2009-2010

1. Tuan Hj. Wan Ghazali bin Mohmud

2. Encik Ramawan bin Abd. Rahman

3. Encik Wan Suhaimi bin Mohd Yusof

4. Encik Wan Salahudin bin Jusoh

5. Encik Lakman bin Elias

6. Tuan Hj. Fuad bin Elias

7. Ir. Dr. Ismail bin Othman

8. Encik A.Sukri Hamidi bin Abdul Hamid

9. Tuan Hj. Mohd Zabidi bin Harun

10. Encik Ezani bin Yaakob

Mengenai Sekolah

KAFA Integrasi Masjid Proton terletak di Seksyen 27, Shah Alam. Terletak di dalam kawasan masjid PROTON ( atau nama barunya Masjid Baitul Mahabbah ) ianya menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk menghantar anak-anak mereka untuk menuntut ilmu di sini - dari tadika sehinggalah ke darjah enam. Sekolah mempunyai 2 sesi persekolahan pagi dan petang. Terdapat lebih kurang 600 orang pelajar yang menuntut di sini setiap tahun. Dengan tenaga pengajar seramai lebih kurang 20 orang, KAFA Integrasi Masjid Proton telah berjaya mendidik anak-anak muridnya sehingga telah terpilih sebagai sekolah terbaik dalam peperiksaan PSRA dan UPKK bagi Daerah Petaling bagi tahun 2008 yang lalu. Tahniah diucapkan atas kejayaan tersebut.